08/10/2026 | Press release | Archived content
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026