Kuala Lumpur City Hall

11/02/2026 | Press release | Distributed by Public on 11/01/2026 19:40

PEMAKLUMAN PENTING: PENYEBARAN IKLAN JAWATAN KOSONG PALSU DBKL

November 2nd, 2026 by Admin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa iklan jawatan kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tahun 2026 yang sedang tular di media sosial, seperti dalam gambar yang dilampirkan, adalah PALSU.

Untuk makluman, pihak DBKL tidak pernah mengeluarkan iklan jawatan kosong tersebut.

Sehubungan itu, semua warga kerja DBKL diminta untuk MENGHENTIKAN SERTA-MERTA sebarang perkongsian atau penyebaran semula (share/reshare) iklan berkenaan di media sosial masing-masing mahupun dalam mana-mana kumpulan WhatsApp.

Staf yang telah berkongsi iklan tersebut juga dimohon untuk memadam perkongsian berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat palsu kepada orang awam.

Sebarang maklumat berkaitan tawaran jawatan kosong serta pengesahan kesahihan sesuatu hebahan DBKL hendaklah dirujuk melalui saluran media sosial rasmi DBKL dan portal rasmi DBKL di www.dbkl.gov.my.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Kuala Lumpur City Hall published this content on November 02, 2026, and is solely responsible for the information contained herein. Distributed via Public Technologies (PUBT), unedited and unaltered, on November 02, 2026 at 01:40 UTC. If you believe the information included in the content is inaccurate or outdated and requires editing or removal, please contact us at [email protected]